Tuesday, January 11, 2011

debaran kian terasa...

Ya Allah... kau kuatkanlah semangat hambaMu ini.. akhir waktu ini hambaMu ini makin leka dengan hiburan dan aktiviti dunia sahaja. HambaMu ini alpa akan dunia selepas ini... Masa yang berlalu ku rasakan begitu pantas.. sudah 12 hari ku tinggalkan 2010, namun masih tiada perubahan pada diriku...

terusik bila dengar nasyid ni suatu ketika dahulu...
"Bangunlah insan.. bangunlah.. tunaikan perintah Allah... "

usia semakin tua.. bukan semakin muda.. tik tok tik tok... dah tak berapa lama lagi February akan tiba... Saat yang ditunggu akan tiba... hati ku mula terasa debarannya... Namun, sudah bersediakah aku...?? mampukah aku pikul segala tanggungjawab itu.. ??? menjadi makhluk Allah yg beriman kepadaNya.. Umat Nabi Muhammad yg disygi oleh Nabinya.. Kaum yg disygi oleh Hawa ... Menjadi isteri yangg solehah..?? Isteri yang patuh pada suaminya...?? Anak yang solehah...?? Ibu yang mithali...??


aku insan hanya mampu berdoa...


Ya Allah...
ku memohon padaMu...
Kau permudahkanlah segala urusanku..
Semoga majlis yang akan diadakan nanti majlis yang direstui olehMu..
Semoga Kau rahmatilah kami... Kau Lindungilah kami..
Sesungguhnya kami memohon perlindunganMu, kasih sayangMu... Ya Allah...
Kau jauhilah segala perkara yang tak diingini...
Sesungguhnya, hamba ini kerdil, dan sentiasa berharap bantuan, petunjuk dan hidayahMu Ya Allah..
Kau bahagiakan hidup kami.. permurahkanlah rezeki kami... kau jauhilah kami azab kubur, azab api neraka...
Kau kurniakanlah kami zuriat2 yang baik...  Anak-anak yang soleh dan solehah... 
Kau ampunilah segala dosa2 kami...
Kau masukkanlah kami ke dalam Syurgamu...

Aminnnn..

No comments:

Post a Comment