Friday, June 17, 2011

Suami & Isteri


Alhamdulillah... hari ni 17 Jun 2011, dah 4 bulan lebih kami menjalani kehidupan suami isteri dan aku tersangat bahagia menjadi isterinya.

Aku bersyukur padamu Ya Allah, dijodohkan dengan seorang lelaki yang cukup sabar dengan karenah ku, cukup memahami isi hati ku, amat mengambil berat akan kesihatanku, makan minum ku, pakai ku and segala peri laku ku...


Thank You Allah, for giving him to my life.. :)

Dalam keadaan ku sekarang, dia banyak mengalah... dia banyak berkorban.. Alahan di trimester pertama ni buatkan aku rasa mudah penat, pemarah dan ada sahaja perkara yang di lakukan oleh suamiku tidak kena.
Padahal dia dah banyak membantu aku membuat kerja2 rumah. Ada kalanya aku kesian akan nasibnya, tempat kerja jauh dari rumah, seawal pagi dia dah trun utk mencari sesuap nasi, langit dah gelap baru menampakkan muka di pintu rumah. Kerja rumah lagi...  Sabar dan tabahnya dia..

Ya Allah, inikah dugaan untuk kami, walaupun aku selalu marah.. dia tetap sabar... dia tetap memujuk, walaupun kadang kala punca pergaduhan kami bermula dari aku...

InsyaAllah, kami bakal menerima insan ketiga dalam keluarga kami akhir tahun ni. Jadikan lah aku ibu yang baik... dan suamiku bapa yang baik.. tunjukkanlah kami ke jalanMu, supaya kami dapat membentuk zuriat2 kami ke jalan yang diredhai olehMu Ya Allah..



Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku.. Kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk kandunganku... Jadikanlah dia insan yang taat padaMu, pada AgamaMu, RasulMu dan juga ibu bapanya..

Terima kasih Ya Allah... Hambamu ini amat bersyukur dengan kurniaanMu.. (suami yang baik).. Love him so mmmuuucchhh...


untuk suami trsyg: thanks for everything..:)


No comments:

Post a Comment