Sedar tak sedar... dah masuk bulan Disember, dah tak smpai sebulan kt akan melangkah ke tahun 2015.
Alhamdulillah... - 2014 tahun sangat berezeki untuk kami sekeluarga
tahun ni jugakla dapat baby baru... my 2nd child.. ALIA NASIHAH... bertambah la keceriaan keluarga kami dengan kehadiran si kecik. menambah seri... menggegak kan rumah ku dengar suara tangisan dia yang sgt kuat... ohhh... anak umi..!!
tahun ni jugaklah Allah bagi rezeki, rumah baru kami siap dan boleh diduduki lepas raya puasa ari tu.. walaupun perabot belum 'sempurna' bak kata org. Kami dah bersyukur. Cukuplah pakai yang mana ada dulu. Hidup ni mudah je, jangan tengok org diatas, sebaliknya tengok mereka di bawah, masa tu akan menunjukkan rahmat dariNya untuk kita. ni bab harta la...
kalo bab kejayaan, for sure nak tengok org kat atas, dengan cara tu je kita boleh motivate diri untuk lebih maju... ceh2... sesi motivasi lak...
Alhamdulillah... akhir tahun Allah bagi rezeki pakai kereta baru, biar pun hanya Alza, kami sekeluarga dah berpuas hati. Agak ramai yg mencemuh & memperlekehkan pilihan kami.
Tapi kami ada alasan kami sendiri. Tak perlu riak dengan rumah besar, kereta besar, tapi hakikatnya kopak. terpaksa ikat perut. Cukupla sekadar memenuhi keperluaan dan bukannya kehendak.
Tapi tahun ni jugak, saya dah kehilangan 3 org kawan. 1 perempuan and 2 lagi lelaki.
yang perempuan tu ade leukimia, meninggalkan suami and 1 baby girl...
2 org lagi tu lelaki, kawan masa sekolah menengah dulu..
1 tu co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi.. yang trlibat dengan tragedi MH17, dan sorang lagi tu Mohd Firdaus Hasim, kemalangan kat area Grik,...
Semoga kalian dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
No comments:
Post a Comment